Kitab Muktamar Ulama Baghdad-Dialog Sunnah-Syiah Abad ke 5 Hijrah (bhg.4-5)


BAHAGIAN KEEMPAT

 

 

Kelayakan Ali A.S Menjadi Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Penentangan Umar Terhadap Rasulullah S.A.W, Raja Meminta Penjelasan, Raja Mencelah, Raja Tertarik Tentang Mut‘ah, Raja Meminta Para Hadirin Turut Berdialog Dan Lain-Lain.

 

Kelayakan Ali A.S Menjadi Khalifah

 

Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya kelayakannya adalah banyak, maka pertamanya adalah penentuan atau pilihan adalah daripada Allah dan Rasul-Nya.

Kedua: Ali bin Abu Talib adalah sahabat yang paling alim. Justeru itu, Rasulullah bersabda: Orang yang paling alim di dalam perundangan di kalangan kamu adalah Ali” Umar bin al-Khattab berkata: Ali adalah orang yang paling alim di kalangan kami di dalam bidang kehakiman[1]” Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya. Barangsiapa yang menghendaki bandar atau hikmat, maka hendaklah dia mendatangi pintunya”[2]

Ali a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah telah mengajar aku seribu bab ilmu di mana beliau s.a.w membuka untukku setiap pintu seribu bab” [3]. Ini ternyata orang alim itu diutamakan daripada orang jahil. Allah berfirman di dalam Surah al-Zumar (39): 9  “Adakah sama mereka yang mengetahui dengan mereka yang jahil

Ketiga: Ali a.s tidak berhajat kepada orang lain sedangkan orang lain berhajat kepadanya[4]. Tidakkah Abu Bakr berkata: Pecatlah aku, kerana aku bukanlah orang yang paling baik pada kamu dan Ali adalah pada kamu. Tidakkah Umar berkata lebih daripada tujuh puluh kali: Jikalau Ali tidak ada, nescaya binasalah Umar”[5]. “ Mudah-mudahan Allah tidak mengekalkan aku dengan permasalahan di mana anda tidak ada padanya, wahai Abu al-Hasan”[6]. “Jangan seorang daripada kamu mengeluarkan fatwa sedangkan Ali berada di masjid” [7]

Keempat: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib tidak pernah menderhakai Allah dan beliau a.s tidak pernah menyembah selain daripada Allah, tidak pernah sujud kepada berhala sepanjang hidupnya sedangkan mereka bertiga telah menderhakai Allah dan menyembah selain daripada Allah dan sujud kepada berhala-berhala. Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2): 124 “Janjiku tidak akan dicapai oleh golongan yang zalim”. Adalah jelas sekali bahawa penderhaka adalah seorang yang zalim, justeru itu, dia tidak layak untuk mendapat janji Allah iaitu kenabian dan khilafah.

Kelima: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib mempunyai fikiran yang sejahtera dan akal yang tinggi, pendapat yang tepat berteraskan Islam. Sementara orang lain mempuyai pendapat yang cetek berteraskan syaitan, Abu Bakr berkata: Sesungguhnya bagiku syaitan yang menggodaku. Sesungguhnya Umar telah menyalahi Rasulullah pada tempat yang banyak. Uthman mempunyai akal yang lemah, keluarganya memberi kesan sampingan yang buruk terhadapnya umpamanya:  Marwan bin al-Hakam telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w sebagai Wazagh bin al-Wazagh (cicak anak lelaki cicak)[8]. Rasulullah s.a.w telah melaknati Marwan dan keturunannya melainkan mukmin, maka bilangan mereka adalah sedikit. Begitu juga dengan Ka‘ab al-Ahbar  si Yahudi dan lain-lain!

 

Raja Meminta Penjelasan

 

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar bahawa Abu Bakr berkata:  Sesungguhnya bagiku syaitan yang menggodaku”?

Wazir berkata: Ini terdapat di dalam kitab-kitab sejarah[9].

Raja berkata: Adakah benar Umar telah menyalahi Rasulullah?

Wazir berkata: Kita akan meminta penjelasan daripada al-‘Alawi apa yang dia masksudkan dengan kata-katanya?

                 

Penentangan Umar Terhadap Rasulullah S.A.W

 

Al-‘Alawi berkata: Ya, para ulama Ahl al-Sunnah telah menyebutnya di dalam kitab-kitab muktabar mereka sesungguhnya Umar telah menentang Rasulullah (s.a.w) pada beberapa tempat, di antaranya:

Pertama: Ketika Nabi s.a.w mahu mengerjakan sembahyang ke atas Abdullah bin ‘Ubayy, sesungguhnya Umar telah menentang Rasulullah dengan tentangan yang keras (qaasian) sehingga Rasulullah s.a.w terasa terkilan sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Tubat (9): 61 “Dan golongan yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab yang pedih

Kedua: Ketika Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dipisahkan di antara  ‘Umrah tamattu‘ danHaji tamattu‘ lalu mengharuskan suami menghampiri isterinya di antara  ‘umrah dan haji. Lalu  ‘Umar menentangnya dan berkata dengan kata-kata kesat: Adakah kami mengerjakan ihram sedangkan zakar-zakar kami masih mengeluarkan air mani” (a-nuhrimu wa mazaakiiru-naa taqturu maniyyan). Lantas Nabi (s.a.w) berkata: Sesungguhnya engkau tidak akan beriman dengan perkara ini selama-lamanya”. Dengan sabda ini bererti bahawa Nabi s.a.w mengetahui bahawa Umar adalah di kalangan mereka yang beriman dengan sebahagian [hukum] dan kafir dengan sebahagian [hukum].

Ketiga: Tentang nikah mut‘ah bahawa Umar tidak mepecayainya. Apabila dia memerintah dan merampas kerusi khilafah, dia berkata: Dua mut‘ah adalah halal pada masa Rasulullah, tetapi aku mengharamkannya dan aku menyeksa ke atas kedua-duanya [pelakunya]” (Mut‘ataani kaanataa ‘ala ‘ahdi Rasulillah wa ana uharrimu-huma wa u‘aqibu ‘alai-himaa) sedangkan al-Qur’an menyatakan di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 24 “Dan isteri-isteri yang telah kamu nikmati di antara mereka. Maka berilah kepada mereka maharnya”. Ahli tafsir menyebut bahawa ayat tersebut diturunkan tentang harusnya mut‘ah. Dan inilah amalan kaum muslimin sehingga pada pemerintahan Umar. Manakala Umar telah mengharamkannya, perzinaan dan kejahatan di kalangan kaum muslimin semakin bertambah. Justeru itu, Umar telah menggantungkan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya, lalu perzinaan dan kejahatan meluas! Lantaran itu, dia termasuk di dalam firman Allah Surah al-Maa’idah (5): 44. 45, 47 “Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang kafir” “Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang zalim” Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang fasik

Keempat: Di dalam peperangan al-Hudaibiyyah sebagaimana telah disebutkan bahawa Umar telah mengesyaki kenabian Muhammad s.a.w. Di tempat yang lain di mana Umar telah menyalahi Rasulullah dan menyakitinya dengan kata-katanya yang kesat terhadap Rasulullah!

Raja berkata: Pada hakikatnya aku juga tidak reda dengan nikah mut‘ah!

Al-‘Alawi berkata: Adakah anda mengakui bahawa ia adalah daripada perundangan Islam atau tidak?

Raja berkata: Aku tidak mengakuinya.

Al-‘Alawi berkata: Apakah makna Surah al-Nisaa’ (4): 24 “Dan isteri-isteri yang telah kamu nikmati di antara mereka. Maka berilah kepada mereka maharnya”? Dan apakah makna kata-kata Umar: Dua mut‘ah adalah halal pada masa Rasulullah, tetapi aku mengharamkannya dan aku akan menyeksa ke atas kedua-duanya [pelakunya]”? Tidakkah kata-kata Umar menunjukkan bahawa nikah mut‘ah adalah harus dan berlaku pada masa Rasulullah, pada masa Abu Bakr dan sebahagian pada masa pemerintahan Umar. Kemudia dia melarangnya dan mengharamkannya?

Di samping dalil-dalil yang banyak, wahai raja, sesungguhnya Um ar sendiri telah melakukan mut‘ah dengan wanita-wanita[10] dan Abdullah bin al-Zubair adalah anak mut‘ah!

 

Raja Meminta Penjelasan

       Raja berkata: Apakah pendapat anda, wahai Nizam al-Mulk?

Wazir berkata: Hujah al-‘Alawi adalah kuat dan benar, tetapi disebabkan Umar telah melarangnya, maka wajib ke atas kita mengikutinya.

Al-‘Alawi berkata: Adakah Allah dan Rasul lebih berhak diikuti atau Umar? Tidakkah anda membaca, wahai wazir, firman Allah di dalam Surah al-Hasyar (59):7 “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia”, firman Allah di dalam Surah al-Nisaa ‘ (4): 59 “Taatilah Rasul…”  firman-Nya di dalam Surah al-Ahzab (33): 21 “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu ikutan yang baik bagi kamu” dan hadis yang masyhur: Halal Muhammad itu adalah halal sehingga hari Kiamat dan haram Muhammad itu adalah haram sehingga hari Kiamat”?

 

Raja Mencelah

 

Raja berkata: Aku percaya semua perundangan Islam, tetapi aku tidak faham, sebab dihalalkan mut‘ah, adakah seorang daripada kamu mahu memberi anak perempuannya atau saudara perempuannya kepada seorang lelaki supaya dia melakukan nikah mut‘ah dengannya selama satu jam  atau beberapa ketika, tidakkah ini satu keburukan?

Al-‘Alawi berkata: Apakah pendapat anda, wahai raja: Adakah manusia mahu mengahwinkan anak perempuannya atau saudara perempuannya dengan akad daim (nikah biasa) kepada seorang lelaki sedangkan dia mengetahui bahawa lelaki itu akan menceraikannya selepas satu jam atau beberapa ketika iaitu selepas berseronok dengannya?

Raja berkata: Aku tidak mahu.

Al-‘Alawi berkata: Ahl al-Sunnah mengakui akad daim adalah benar, talak selepasnya juga adalah benar, maka tiada perbezaan di antara akad mut‘ah (munqati‘) dan akad daim selain daripada mut‘ah akan berakhir dengan masanya dan akad daim akan berakhir dengan talak atau di dalam erti kata yang lain: Akad mut‘ah adalah seperti akad sewa-beli (al-Ijaarah) dan akad daim sepertilah akad milik di mana sewa akan berakhir dengan berakhirnya masa dan milik akan berakhir dengan jualan umpamanya!

Justeru itu, perundangan mut‘ah adalah sejahtera dan benar, kerana ia bagi menunaikan hajat dari hajat-hajat badan sebagaimana juga perundangan nikah daim adalah sejahtera dan benar, kerana ia bagi menunaikan hajat daripada hajat-hajat badan.

Kemudian aku ingin bertanya anda, wahai raja, apakah pendapat anda tentang janda-janda atau ibu-ibu tunggal yang mempunyai anak-anak-ketiadaan suami-suami mereka- dan tiada seorangpun yang datang melamar mereka? Tidakkah akad nikah mut‘ah merupakan satu cara untuk menjaga mereka daripada kejahatan?

Tidakkah dengan mut‘ah, mereka mendapat harta untuk perbelanjaan mereka dan anak-anak yatim mereka.

Apakah pendapat anda tentang pemuda-pemuda dan lelaki di mana keadaan tidak memaafkan mereka untuk berkahwin secara daim, tidakkah mut‘ah merupakan satu penyelesaian untuk mereka bagi melepaskan daripada kekuatan seks yang ganas?! Bagi menjaga daripada kefasikan?

Tidakkah mut‘ah itu lebih baik daripada zina, liwat dan onani?

Sesungguhnya aku percaya, wahai raja, sesungguhnya jenayah zina, liwat atau onani berlaku di kalangan kaum muslimin, kembali sebabnya kepada Umar. Umar bersyarikat di dalam dosanya, kerana dialah yang menghalangnya dan mencegah kaum muslimin daripadanya! Banyak berita yang menunjukkan bahawa zina telah meningkat di kalangan orang ramai semenjak Umar melarangnya!

Adapun kata-kata anda, wahai raja, sesungguhnya aku tidak mahu (La arghabu)…, sesungguhnya Islam tidak memaksa sesiapapun untuk melakukannya sebagaimana Islam tidak memaksa anda untuk mengahwinkan anak perempuan anda kepada lelaki yang mana anda mengetahui bahawa dia akan menceraikan anak perempuan anda selepas satu jam atau beberapa ketika daripada akad nikah. Tidak mahunya anda dan orang ramai di atas sesuatu perkara bukanlah dalil di atas pengharamannya, kerana hukum Allah adalah tetap, tidak berubah dengan hawa nafsu dan pendapat-pendapat!

 

Raja Tertarik Tentang Mut‘ah

 

       Raja berkata kepada wazir: Hujah al-‘Alawi tentang harusnya mut‘ah adalah kuat.

Wazir berkata: Tetapi para ulama telah mengikut pendapat Umar.

Al-‘Alawi berkata: Pertama: Sesungguhnya mereka yang mengikut Umar adalah para ulama Ahl al-Sunnah sahaja bukan semua ulama.

Kedua: Hukum Allah dan Rasul-Nya lebih berhak diikuti atau pendapat Umar?

Ketiga: Sesungguhnya para ulama kamu bercanggah sesama sendiri tentang pendapat Umar dan perundangannya.

Wazir berkata: Bagaimana?

Al-‘Alawi berkata: Kerana Umar berkata: Dua mut‘ah adalah halal pada masa Rasulullah, tetapi aku mengharamkannya: Mut‘ah haji dan mut‘ah perempuan”. Jikalaulah pendapat Umar itu betul, kenapakah para ulama kamu tidak mengikut pendapatnya tentang mut‘ah haji? Sesungguhnya para ulama kamu telah menyalahi Umar dan berkata: Mut‘ah haji adalah benar sekalipun Umar melarangnya!

Jikalaulah pendapat Umar itu batil, kenapakah para ulama kamu mengikut pendapatnya tentang pengharaman mut‘ah dan mempersetujuinya pula?

Wazir diam dan tidak berkata apa-apa.

 

Raja Meminta Para Hadirin Turut Berdialog

 

Raja berkata kepada para hadirin: Kenapakah kamu tidak menjawab al-‘Alawi?

Salah seorang ulama Syi‘ah bernama syeikh Hasan al-Qasimi berkata: Kemusykilan adalah ke atas Umar dan “pengikut-pengikutnya”, justeru itu, mereka tidak berhak menjawab  Sayyid al-‘Alawi, wahai raja.

 

Raja Meminta Pertukaran Tajuk

 

       Raja berkata: Jikalau begitu, tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.

 

Pembukaan Umar

 

Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya Syi‘ah menyangka bahawa tiada kelebihan bagi Umar meskipun dia telah telah membuka beberapa negeri.

Al-‘Alawi berkata: Di sisi kami beberapa jawapan:

 

Pertama: Para pemerintah dan raja-raja membuka negeri-negeri adalah kerana perluasan tanah jajahan mereka, adakah ini kelebihan?

Kedua: Jikalaulah kita menerima pembukaannya satu kelebihan, tetapi adakah pembukaannya itu dapat membenarkannya merampas khilafah Rasul? Pada hal Rasul tidak menjadikan khilafahuntuknya. Sesungguhnya beliau s.a.w telah menjadikannya untuk Ali bin Abu Talib (a.s)… Apabila anda, wahai raja, melantik seorang khalifah untuk menduduki tempat anda, kemudian seorang datang dan merampas khilafah daripada khalifah anda dan menduduki tempatnya, kemudian dia membuka beberapa negeri dan melakukan amalan yang baik, adakah anda meredai pembukaannya atau anda memarahinya, kerana dia telah menggulingkan orang yang anda telah melantiknya dan menduduki tempat anda tanpa kebenaran anda?

 

Raja Memarahi Pembukaan Umar Dan seumpamanya

 

Raja berkata: Malah aku memarahinya dan pembukaannya tidak akan menghapuskan jenayahnya!

Al-‘Alawi berkata: Begitulah pembukaan Umar adalah satu kesalahan dan mempunyai hasil yang negatif dan terbalik, kerana Rasul tidak menyerang sesiapapun, malah peperangannya merupakan peperangan pertahanan. Justeru itu, orang ramai mahu kepada Islam dan memasuki agama Allah berpuak-puak, kerana mereka mengetahui bahawa Islam adalah agama keamanan dan keselamatan. Adapun Umar, maka dia menyerang negeri-negeri dan memasukkan mereka ke dalam Islam dengan pedang dan kekuatan, bukan dengan agama logik dan peradaban. Justeru itu, ia menjadi sebab bertambahnya musuh-musuh Islam. Justeru itu, Pembukaan Umar telah mencemarkan imej Islam dan memberi hasil yang negatif dan terbalik.

Jikalaulah Abu Bakr, Umar dan Uthman tidak merampas khilafah daripada tuannya yang sah: Ali bin Abu Talib a.s dan Imam Ali menerima khilafah selepas Rasul secara langsung, nescaya beliau a.s akan mengikut sirah Rasul, melaksanakan manhajnya yang betul. Dan ini akan menyebabkan orang ramai memasuki Islam berpuak-puak dan Islam meluas sehingga di seluruh pelusuk bumi!

Tetapi: La haula wa la quwwata illa bi llahi al-‘Aliyyi al-‘Azim.

Di sini Sayyid al-‘Alawi bernafas panjang dan mendalam, meluahkan perasaan hatinya, lalu memukul tangannya sendiri kerana dukacita di atas apa yang telah berlaku kepada Islam selepas kematian Rasulullah (s.a.w) disebabkan perampasan khilafah daripada tuannya yang sah: Imam Ali bin Abu Talib a.s.

 

Raja Meminta Al-‘Abbasi Menjawab

 

Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Apakah jawapan anda kepada al-‘Alawi?

Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku tidak pernah mendengar percakapan seperti ini sebelumnya!

 

Ikutilah Khalifah Rasulullah Yang Sah

 

Al-‘Alawi berkata: Sekarang anda telah mendengar percakapan ini dan terserlah kebenarannya. Oleh itu, tinggallah khalifah-khalifah anda dan ikutilah khalifah Rasulullah yang sah: Ali bin Abu Talib a.s. Kemudian al-‘Alawi berkata: Hairan sekali urusan kamu, wahai golongan Ahl al-Sunnah, kamu melupai dan meninggalkan asal dan mengambil cabang.

Al-‘Abbasi berkata: Bagaimana begitu?

 

 

 

 

Pembukaan Ali Bin Abu Talib

 

Al-‘Alawi berkata: Kerana kamu menyebut pembukaan Umar, tetapi melupai pembukaan Ali bin Abu Talib!

Al-‘Abbasi berkata: Apakah pembukaan Ali bin Abu Talib?

Al-‘Alawi berkata: Kebanyakan pembukaan Rasul telah dicapai melalui tangan Imam Ali bin Abu Talib seperti Badr, Khaibar, Hunain [11], Uhud, al-Khandaq dan lain-lain. Jikalaulah pembukaan-pembukaan ini tidak ada; ia merupakan asas Islam, nescaya Umar tidak ada, nescaya tidak ada di sana Islam dan Iman. Buktinya sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda ketika Ali a.s bertarung dengan  ‘Umru bin ‘Abd Wuddin pada hari al-Ahzab (al-Khandaq): Pertarungan iman secara keseluruhannya kepada syirik secara keseluruhannya, wahai Tuhanku, jika Engkau mahu bahawa Engkau tidak disembah, maka Engkau tidak disembah”. Iaitu sekiranya Ali dibunuh, maka golongan musyrikin berani membunuhku dan membunuh semua kaum muslimin. Lantaran itu, tidak akan tinggal selepasnya Islam dan Iman. Beliau s.a.w bersabda: Pukulan Ali pada hari al-Khandaq adalah lebih baik daripada ibadat jin dan manusia” (Dharbatu ‘Ali yauma al-Kahndaq afdhal min ‘Ibadati al-Thaqalaini)[12]. Justeru itu, bolehlah kami mengatakan bahawa Islam adalah bersifat Muhammadiyyun dari segi kewujudannya dan bersifat ‘Alawiyyun dari segi kekekalannya. Sesungguhnya segala kelebihan kerana Allah dan Ali hanya dari segi kekekalannya!

Al-‘Abbasi berkata: Jika kita katakan sahaja sebagaimana kata-kata kamu bahawa Umar adalah bersalah dan perampas; dia telah menukar, dan mengubah, itu betul, tetapi kenapa kamu membenci Abu Bakr?

 

Sebab-Sebab Kebencian Kepada Abu Bakr

 

Al-‘Alawi berkata: Kami membencinya disebabkan oleh beberapa perkara: Pertama: Apa yang dia telah lakukan kepada Fatimah al-Zahraa’ binti Rasulullah, penghulu wanita alam semesta.

Kedua: Dia telah membuang hukuman had ke atas penjenayah dan penzina : Khalid bin al-Walid.

 

Raja Meminta Penjelasan

 

       Raja berkata di dalam kehairanan: Adakah Khalid bin al-Walid seorang penjenayah?

Al-‘Alawi berkata: Ya,

Raja berkata: Apakah jenayahnya?

 

Jenayah Khalid Bin Al-Walid Dan Zinanya

 

Al-‘Alawi berkata: Jenayahnya bahawa dia dihantar kepada sahabat yang mulia; Malik bin Nuwairah di mana Rasulullah telah memberi berita gembira kepadanya bahawa dia daripada ahli syurga. Abu  Bakr telah memerintahkan Khalid supaya membunuh Malik bin Nuwairah dan kaumnya. Malik di luar Madinah apabila dia melihat Khalid mendatanginya dengan beberapa orang tentera, lalu dia memerintahkan kaumnya supaya membawa senjata. Maka mereka pun membawa senjata.

Apabila Khalid sampai kepada mereka, dia berbohong kepada mereka dan bersumpah kepada mereka dengan nama Allah bahawa dia tidak bermaksud jahat kepada mereka seraya berkata: Sesungguhnya kami datang bukan untuk memerangi kamu, malah kami adalah tetamu kamu pada malam ini, maka Malik merasa yakin dengan kata-katanya manakala Khalid bersumpah dengan nama Allah. Kemudian Malik dan kaumnya meletakkan senjata dan pada masa itu telah masuk waktu untuk sembahyang, lalu Malik dan kaumnya berdiri untuk mengerjakan sembahyang. Tiba-tiba Khalid dan kumpulannya menyerang mereka, lalu mereka mengikat Malik dan kaumnya, kemudian penjenayah Khalid membunuh mereka[13]. Kemudian Khalid tamak pada isteri Malik (manakala dia melihatnya cantik) dan berzina dengannya pada malam  di mana suaminya dibunuh. Kemudian Khalid meletakkan kepala Malik dan kaumnya di tuku dapur masak. Dia memasak  “makanan zina”, lalu dia dan para sahabatnya memakan makanan tersebut!

 

Umar Mahu Membunuh Khalid, Abu Bakr Menegahnya

 

Apabila Khalid kembali ke Madinah, maka Umar mahu membunuh balas (kisas) Khalid kerana membunuh kaum muslimin dan ingin melakukan hukum hudud kerana perzinaannya dengan isteri Malik, tetapi Abu  Bakr (mukmin!) menegah dengan kuat agar hukum hudud tidak dijalankan ke atas Khalid[14]. Perbuatan Abu Bakr ini mensia-siakan darah kaum muslimin dan menghapuskan hukum hudud Allah!

 

 

Raja Meminta Penjelasan

 

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang disebutkan oleh al-‘Alawi tentang hak Khalid dan Abu Bakr?

Wazir berkata: Ya, begitulah disebut oleh ahli sejarah[15].

Raja berkata: Kenapakah sebahagian kaum muslimin menamakan Khalid dengan Saifullah al-Maslul (pedang Allah yang terhunus)?

Al-‘Alawi berkata: Dia adalah pedang syaitan yang lumpuh, tetapi disebabkan dia adalah musuh Ali bin Abu Talib dan bersama Umar di dalam pembakaran rumah Fatimah al-Zahraa’ a.s, maka sebahagian Ahl al-Sunnah menamakannya dengan nama Saifullah (pedang Allah)!

 

     

BAHAGIAN KELIMA

 

  

Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?, Abu Talib Seorang Mukmin, Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Mengakui Abu Bakr Telah Bersalah, Raja Menjadi Hairan, Abu Bakr Dan Umar Merampas Fadak Daripada Fatimah, Kebenaran Bersama Syi‘ah Dan Lain-Lain.

 

Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?

 

 

Raja berkata: Adakah Ahl al-Sunnah merupakan musuh-musuh Ali bin Abu Talib?

Al-‘Alawi berkata: Jikalau mereka bukan musuh-musuh Ali, kenapa mereka telah memuji golongan yang telah merampas haknya dan berada di sekitar musuh-musuhnya (Ali a.s), mereka mengingkari kelebihan-kelebihannya dan manaaqibnya sehingga hasad dan permusuhan menguasai mereka dan mereka berkata: Sesungguhnya Abu Talib telah mati kafir. Sedangkan Abu Talib adalah seorang mukmin. Dialah yang telah menolong Islam di dalam keadaan yang getir dan memepertahankan Nabi di dalam risalahnya!

 

Abu Talib Seorang Mukmin

 

Raja berkata: Adakah Abu Talib seorang Islam?

Al-‘Alawi berkata: Abu Talib tidak pernah manjadi seorang kafir sehingga dia memasuki Islam, malah dia adalah seorang mukmin yang menyembunyikan imannya. Apabila Rasulullah (s.a.w) diutuskan, maka Abu Talib telah menzahirkan islamnya di tangannya, maka dia adalah orang yang ketiga memeluk Islam. Pertama: Ali bin Abu Talib, kedua: Khadijah Binti Khuwailid; isteru Nabi s.a.w dan ketiga: Abu Talib (r.a).

 

 

Raja Meminta Penjelasan

 

       Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi tentang hak Abu Talib?

Wazir berkata: Ya, demikianlah disebut oleh sebahagian ahli sejarah[16].

Raja berkata: Kenapakah ia telah masyhur di kalangan Ahl al-Sunnah bahawa Abu Talib mati kafir?

 

Perasaan Dengki Ahl Al-Sunnah Terhadap Ali Bin Abu Talib

      

Al-‘Alawi berkata: Kerana Abu Talib adalah bapa kepada Amir al-Mukminin Ali a.s. Justeru itu, perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali bin Abu Talib membuatkan mereka berkata: Sesungguhnya bapanya mati kafir sebagaimana perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali membuatkan mereka membunuh dua anak lelakinya al-Hasan dan al-Husain; penghulu pemuda Ahli syurga sehingga Ahl al-Sunnah yang telah menghadiri Karbalaa’ untuk membunuh al-Husain berkata: Kami memerangi kamu kerana kemarahan kami kepada bapa anda dan apa yang dia telah lakukan kepada syeikh-syeikh kami pada hari Badr dan Hunain! (Nuqaatilu-ka bughdhan li-abii-ka wa maa fa‘ala bi-asyyaakhi-naa yauma Badrin wa Hunain!)

 

Raja Meminta Penjelasan

 

Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata ini diucapkan oleh pembunuh-pembunuh al-Husain?

Wazir berkata: Ahli sejarah telah menyebut bahawa mereka telah berkata ucapan ini kepada al-Husain!

Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Apakah jawapan anda tentang kisah Khalid bin al-Walid?

Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya Abu Bakr melihat muslihat di dalam perkara ini!

Al-‘Alawi berkata: Hairan! Maha Suci Allah! Manakah muslihat yang membawa Khalid bin al-Walid kepada pembunuhan golongan yang tidak berdosa, berzina dengan perempuan mereka, kemudian dia dilepaskan tanpa hukuman had dan sebarang pembalasan, malah diserahkan kepadanya kepimpinan tentera. Abu Bakr berkata padanya bahawa dia adalah pedang Allah yang terhunus. Adakah “pedang Allah” membunuh golongan kafir atau golongan mukminin? Dan adakah “pedang Allah” menjaga kehormatan kaum muslimin atau berzina dengan perempuan muslimin??

 

Al-‘Abbasi Mengakui Abu Bakr Telah Bersalah

 

Al-‘Abbasi berkata: Wahai al-‘Alawi, sesungguhnya Abu Bakr telah bersalah (akhta’a), tetapi Umar telah dapat memahaminya!

Al-‘Alawi berkata: Jika Umar memahami perkara tersebut, maka hendaklah dia mengenakan hukum had ke atas Khalid kerana berzina dan membunuhnya pula kerana dia telah membunuh mukminin yang tidak berdosa, tetapi Umar tidak melakukannya, maka Umar telah bersalah sebagaimana Abu Bakr telah bersalah sebelumnya.

 

Raja Mencelah

 

       Raja berkata: Sesungguhnya anda, wahai al-‘Alawi berkata pada awal percakapan bahawa Abu Bakr telah membuat jahat kepada Fatimah al-Zahraa’ Binti Rasulullah (s.a.w), maka apakah jenis kejahatannya kepada Fatimah?

Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Abu Bakr selepas dia mengambil baiah untuk dirinya daripada orang ramai dengan keganasan,  pedang, ugutan dan kekuatan (al-Irhaab wa al-Saif wa al-Tahdiid wa al-Quwwati), dia mengutus Umar, Qunfudh, Khalid bin al-Walid, Abu ‘Ubaidah dan kumpulan lain-Daripada munafikin- ke rumah Ali dan Fatimah (a.s). Umar telah mengumpulkan kayu api di pintu rumah Fatimah (pintu itu di mana Rasulullah pernah berdiri dan bersabda: Al-Salamu ‘alaikum ya Ahla Bait al-Nubuwwah dan beliau s.a.w tidak memasukinya melainkan selepas meminta izin), lalu Umar membakar pintu dengan api[17].

Manakala Fatimah datang di balik pintu bagi menentang Umar dan kumpulannya, Umar telah menolak Fatimah di antara dinding dan pintu dengan keras sehingga janinnya gugur dan paku pintu mengenai dadanya, lalu Fatimah meraung: Wahai bapaku, wahai Rasulullah, lihatlah apa yang kami hadapi selepas anda [pergi] daripada Ibn al-Khattab dan Ibn Qahafah! Lalu Umar berpaling kepada mereka di sekelilingnya dan berkata: Pukullah Fatimah, lalu tongkat terkena kekasih Rasulullah dan anggotanya sehingga berdarah tubuhnya!

Kesan tolakan yang keras ini dan pertembungan yang keras meresapi tubuh Fatimah, lalu terjatuh sakit sehingga meninggal dunia selepas bapanya beberapa hari-Fatimah adalah syahid di rumah kenabian, Fatimah terbunuh dengan sebab Umar bin al-Khattab![18]

 

Raja Meminta Penjelasan

 

Raja berkata kepada wazir: Adakah apa yang disebutkan oleh al- ‘Alawi itu benar?

Wazir berkata: Ya, sesungguhnya aku telah melihatnya di dalam kitab-kitab Tawaarikh apa yang disebutkan oleh al-‘Alawi.

Al-‘Alawi berkata: Inilah di antara sebab kebencian Syi‘ah kepada Abu Bakr dan Umar!

           

Fatimah A.S  Memarahi Abu Bakr Dan Umar

 

Al-‘Alawi berkata lagi: Sebagai bukti kepada berlakunya jenayah daripada Abu Bakr dan Umar bahawa sesungguhnya ahli sejarah telah menyebut bahawa Fatimah telah mati di dalam keadaan memarahi Abu Bakr dan Umar. Sesungguhnya ahli sejarah telah menyebut beberapa hadis tentang Fatimah: Sesungguhnya Allah reda dengan reda Fatimah dan memerahi kerana kemarahannya”. Dan anda, wahai raja, mengetahui, apakah akibat orang yang dimarahi Allah!?

 

Raja Meminta Penjelasan

 

Raja berkata kepada wazir: Adakah hadis ini benar? Adakah benar bahawa Fatimah telah mati di dalam keadaan memarahi Abu Bakr dan Umar?

Wazir berkata: Ya, ahli hadis dan ahli sejarah telah menyebutnya[19].

Al-‘Alawi berkata: Sebagai bukti kebenaran kata-kataku: Sesungguhnya Fatimah telah berwasiat kepada Ali bin Abu Talib a.s supaya beliau a.s tidak memperlihatkan jenazahnya kepada Abu Bakr, Umar dan mereka yang telah menzaliminya. Justeru itu, mereka tidak mengerjakan sembahyang ke atasnya, mereka tidak hadir di upacara jenazahnya. Dan Ali pula menyembunyikan kuburnya sehingga mereka tidak datang di atas kuburnya. Kemudian Ali (a.s) telah melaksanakan wasiat-wasiatnya!

 

Raja Menjadi Hairan

 

Raja berkata: Ini adalah perkara yang pelik, adakah perkara ini telah keluar daripada Fatimah dan Ali?

Wazir berkata: Demikianlah ia telah disebut oleh ahli sejarah!

 

Abu Bakr Dan Umar Merampas Fadak Daripada Fatimah

 

       Al-‘Alawi berkata: Abu Bakr dan Umar telah menyakiti Fatimah dengan perkara yang lain pula.

Al-‘Abbasi berkata: Apakah perkara itu?

Al-‘Alawi berkata: Iaitu mereka berdua telah merampas miliknya (Fadak).

Al-‘Abbasi berkata: Apakah dalil bahawa mereka berdua telah merampas Fadak?

Al-‘Alawi berkata: Tawaarikh telah menyebut bahawa Rasulullah (s.a.w) telah memberi Fadak kepada Fatimah. Fadak adalah miliknya pada masa Rasulullah. Apabila Rasulullah mati, Abu Bakr dan Umar mengeluarkan pekerja-pekerja Fatimah dari Fadak dengan paksaan, pedang dan kekerasan. Fatimah telah berhujah ke atas Abu Bakr dan Umar, tetapi mereka berdua tidak mendengar kata-katanya. Malah mereka berdua memarahinya dan menghalangnya[20]. Justeru itu, beliau a.s tidak bercakap dengan mereka berdua sehingga beliau a.s mati di dalam keadaan memarahi mereka berdua!

Al-‘Abbasi berkata: Tetapi Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah mengembalikan Fadak kepada anak-anak Fatimah pada masa pemerintahannya?

Al-‘Alawi berkata: Apakah faedahnya? Sekiranya seorang manusia telah merampas daripada anda rumah anda dan mengusir anda, kemudian orang lain pula datang selepas anda mati, dan mengembalikan rumah anda kepada anak-anak anda, adakah tindakannya dapat menyapu dosa perampas yang pertama?

 

Raja Mencelah

 

Raja berkata: Terserlah daripada percakapan kamu berdua- Wahai al-‘Abbas dan al-‘Alawi- Semua bersetuju bahawa Abu Bakr dan Umar telah merampas Fadak?

       Al-‘Abbasi berkata: Ya, sejarah telah menyebutnya[21].

Raja berkata: Kenapakah mereka berdua telah melakukannya?

Al-‘Alawi berkata: Kerana mereka berdua mahu merampas khilafah. Mereka berdua telah mengetahui bahawa Fadak jika masih berada di tangan Fatimah, nescaya beliau a.s membelanjakan dan membahagikan hasilnya yang banyak (Seratus dua pulu ribu dinar emas) kepada orang ramai. Justeru itu, orang ramai akan berhimpun di sekitar Ali a.s. Inilah apa yang dibenci oleh Abu Bakr dan Umar!

Raja berkata: Sekiranya kata-kata ini benar, maka urusan mereka adalah pelik! Apabila khilafahmereka bertiga terbatal, maka siapakah yang menjadi khalifah Rasul s.a.w?

 

Rasul Melantik Khalifah-Khalifah Selepasnya

 

Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Rasul sendiri telah melantik- dengan perintah daripada Allah- khalifah-khalifahnya selepasnya. Di dalam satu hadis Rasul bersabda: Khalifah-khalifah selepasku adalah dua belas orang seramai bilangan Nuqabaa’ Bani Israel dan semuanya daripada Quraisy[22]

 

Raja Meminta Penjelasan

 

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar bahawa Rasul telah bersabda sedemikian?

Wazir berkata: Ya.

Raja berkata: Siapakah mereka yang dua belas itu?

Al-‘Abbasi berkata: Empat daripada mereka adalah terkenal,      mereka: Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali.

Raja berkata: Siapa lagi?

Al-‘Abbasi berkata: Khilaf di kalangan para ulama.

Raja berkata: Namakan mereka.

Al-‘Abbasi diam.

 

Nama-Nama  Imam Dua Belas

 

Al-‘Alawi berkata: Wahai raja, sekarang aku akan menyebut kepada anda nama-nama mereka menurut kitab-kitab ulama Ahl al-Sunnah, mereka adalah: Ali, al-Hasan, al-Husain, Ali, Muhammad, Ja‘far, Musa, Ali, Muhammad, Ali, al-Hasan dan al-Mahdi a.s.

Al-‘Abbasi berkata: Dengarlah, wahai raja,: Sesungguhnya Syi‘ah berkata: Bahawa al-Mahdi masih hidup di dunia semenjak tahun 255 hijrah dan adakah ini masuk akal? Dan mereka juga berkata: Dia akan zahir pada akhir zaman untuk memenuhi bumi dengan keadilan selepas ia dipenuhi dengan kezalaiman.

 

Raja Meminta Penjelasan

 

       Raja berkata kepada al-‘Alawi: Adakah benar kamu percaya sedemikian?

Al-‘Alawi berkata: Ya, benar, kerana Rasul telah bersabda sedemikian. Ia telah diriwayatkan oleh Syi‘ah dan Ahl al-Sunnah.

 

Bagaimana Manusia Boleh Kekal Dalam Masa Yang Panjang?

 

Raja berkata: Bagaimana mungkin manusia boleh kekal di dalam masa yang begini panjang?

Al-‘Alawi berkata: Sekarang umur Imam al-Mahdi belum sampai seribu tahun[23]. Allah berfirman tentang Nuh a.s di dalam Surah al- ‘Ankabut (29): 14 “Maka dia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun” Adakah Allah lemah mengekalkan manusia sepanjang masa ini?

Tidakkah Allah di tangan-Nya kematian dan kehidupan Dia berkuasa di atas segala sesuatu? Kemudian Rasul telah bersabda sedemikian, maka ia adalah benar dan dipercayai.

 

Raja Meminta Penjelasan

 

Raja berkata kepada Wazir: Adakah benar bahawa Rasul telah memberitahu tentang al-Mahdi sebagaimana dikatakan oleh al-‘Alawi?

Wazir berkata: Ya[24].

Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Kenapa anda mengingkari hakikat-hakikat yang terdapat di sisi kita Ahl al-Sunnah?

    

Al-‘Abbasi Khuatir Orang Awam Cenderung Kepada Syi‘ah!

 

Al-‘Abbasi berkata: Kerana khuatir tentang akidah orang awam akan bergoncang dan cenderung hati mereka kepada Syi‘ah!

Al-‘Alawi berkata: Jikalau begitu, anda wahai al-‘Abbasi, termasuk di dalam firman Allah Surah al-Baqarah (2): 159 “Sesungguhnya golongan yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan pula oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati” Maka laknat daripada Allah meliputi anda…

Kemudian al-‘Alawi berkata: Wahai raja, tanyalah al-‘Abbasi ini: Adakah wajib di atas orang yang alim menjaga Kitab Allah dan sabda-sabda Rasul-Nya atau wajib di atasnya menjaga akidah golongan awam  yang terpesong daripada Kitab dan Sunnah?

Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku menjaga akidah orang awam sehingga hati mereka tidak cenderung kepada Syi‘ah, kerana Syi‘ah adalah Ahli Bid‘ah!

Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya kitab-kitab muktabar memberitahu kami bahawa imam kamu; Umar adalah orang pertama yang memasukkan bid‘ah di dalam Islam. Dia sendiri dengan jelas berkata: Sebaik-baik bid‘ah adalah ini. Ini dirujukkan kepada kisah sembahyang Taraawih manakala dia memerintahkan orang ramai supaya melakukan sembahyang sunat secara berjemaah. Dia mengetahui bahawa Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan sembahyang sunat dilakukan secara berjemaah. Justeru itu, bid‘ah Umar adalah menyalahi Allah dan Rasul-Nya secara terang-terangan.

Kemudian: Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah pada azan dengan membuang perkataan “Hayya ‘alaa khairi al-‘Amal” dan menambah perkataan “Al Salaat khairun mina al-Naum”?[25]

Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah dengan memansuhkan saham golongan muallaf menyalahi Allah dan Rasul-Nya?[26]

Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah dengan memansuhkan mut‘ah haji menyalahi Allah dan Rasul?[27]

Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah dengan memansuhkan mut‘ah perempuan menyalahi Allah dan Rasul-Nya?[28]

Tidakkah Umar telah melakukan bid‘ah dengan memansuhkan had zina ke atas penjenayah zina: Khalid bin al-Walid menyalahi Allah dan Rasul-Nya yang mewajibkan supaya dijalankan hukum had ke atas penzina dan pembunuh?

Dan lain-lain bid‘ah kamu yang mengikut Umar.

Oleh itu, adakah kamu ahli bid‘ah atau kami Syi‘ah?[29]

 

Raja Meminta Penjelasan

 

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang disebutkan oleh al-‘Alawi tentang bid‘ah-bid‘ah Umar?

Wazir berkata: Ya, sekumpulan ulama telah menyebutnya di dalam kitab-kitab mereka!

Raja berkata: Bagaimana kita mengikut orang yang telah melakukan bid‘ah pada agama?

Al-‘Alawi berkata: Justeru itu, diharamkan mengikuti manusia seperti ini, kerana Rasul (s.a.w) bersabda: Setiap bid‘ah adalah sesat dan setiap kesesatan ke neraka” Maka mereka yang mengikuti Umar di dalam bid‘ahnya- mereka mengetahuinya- maka mereka adalah daripada ahli neraka- secara putus-!

 

Para Imam Mazhab Empat

 

Al-‘Abbasi berkata: Tetapi para Imam Ahl al-Sunnah telah mengakui perbuatan Umar.

Al-‘Alawi berkata: Ini adalah bid‘ah yang lain pula, wahai raja!

Raja berkata” Bagaimana begitu?

Al-‘Alawi berkata: Kerana para imam mazhab: Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafi‘I dan Ahmad bin Hanbal, bukan hidup semasa Rasulullah (s.a.w), malah mereka datang dua ratus tahun –lebih kurang- selepasnya. Adakah kaum muslimin di antara masa Rasul dan masa mereka berempat berada di atas kebatilan dan kesesatan? Apakah pengukur bagi menghadkan mazhab-mazhab kepada mereka berempat dan tidak mengikut semua fakih? Adakah Rasul telah berwasiat mengenainya?

Raja berkata: Apakah pendapat anda, wahai  ‘Abbasi?

Al-‘Abbasi berkata:  Mereka itu lebih alim daripada selain daripada mereka!

Raja berkata: Adakah ilmu telah kering tanpa mereka?

 

Mazhab Ja‘fari

 

Al-‘Abbasi berkata: Tetapi Syi‘ah juga mengikut mazhab (Ja‘far al-Sadiq)?

Al-‘Alawi berkata: Kami mengikut mazhab Ja‘far, kerana mazhabnya adalah mazhab Rasulullah, kerana beliau adalah daripada Ahl al-Bait yang difirmankan Allah di dalam Surah al-Ahzab (33): 33 “Sesungguhnya Allah mahu menghilangkan dosa daripada kamu Ahl al-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya” Jika tidak, kami mengikut setiap imam dua belas, tetapi disebabkan Imam al-Sadiq (a.s) dapat menyebarkan ilmu, tafsr, hadis yang mulia lebih banyak daripada para Imam yang lain (disebabkan wujud kebebasan pada masanya) sehingga majlis ilmunya dihadiri oleh lebih empat ribu pelajar sehingga Imam al-Sadiq a.s mampu memperbaharui lambang Islam selepas Bani Umayyah dan Bani ‘Abbas menghapuskannya. Justeru itu, Syi‘ah dinamakan dengan al-Ja‘fariyyah dinisbahkan kepada Ja‘far al-Sadiq a.s.

Raja berkata: Apakah jawapan anda, wahai ‘Abbasi?

Al-‘Abbasi berkata: Kami Ahl al-Sunnah biasanya mengikut para imam empat mazhab.!

Al-‘Alawi berkata: Malah, sebahagian penguasa memaksa kamu supaya berpegang kepada mazhab empat[30]. Kamu telah mengikut mereka secara membabi buta, tanpa hujah dan dalil!

Al-‘Abbasi diam.

 

Mati Sebagai Seorang Jahiliyah

 

Al-‘Alawi berkata: Wahai raja, sesungguhnya aku naik saksi bahwa sesungguhnya al-‘Abbasi daripada ahli neraka, jika dia mati di dalam keadaan ini.

Raja berkata: Dari manakah anda mengetahui bahawa dia daripada ahli neraka?

Al-‘Alawi berkata: Kerana Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa mati dan dia tidak mengetahui imam pada zamannya, dia mati sebagai seorang Jahiliyah” (Man maata wa lam ya‘raf imaama zamaani-hi maata maitatan jaahiliyyatan). Lantaran itu, bertanyalah kepada al-‘Abbasi, wahai raja, Siapakah imam zaman al-‘Abbasi?

Al-‘Abbasi berkata: Tidak ada hadis Rasulullah mengenainya.

 

Raja Meminta Penjelasan

 

Raja berkata kepada wazir: Adakah terdapat hadis daripada Rasulullah tentang perkara ini?

Wazir berkata: Ya, terdapat hadis Rasulullah tentangnya.

Raja berkata di dalam keadaan marah: Aku menyangka bahawa anda, wahai al-‘Abbasi, seorang yang boleh dipercayai (thiqah), sekarang terserlah pembohongan anda!

Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku mengetahui imam zamanku!

Al-‘Alawi berkata: Siapakah dia?

Al- ‘Abbasi berkata: Raja!

Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah, wahai raja, bahawa dia berbohong, dia hanya berkata sedemikian kerana mengambil hati anda!

Raja berkata: Ya, aku mengetahui bahawa dia berbohong, aku mengetahui diriku bahawa aku tidak layak menjadi imam zaman orang ramai, kerana aku tidak mengetahui apa-apapun. Aku hanya menghabiskan waktu-waktuku dengan memburu dan mengurus pejabat!

Kemudian raja berkata: Wahai al-‘Alawi, siapakah imam zaman pada pendapat anda?

Al-‘Alawi berkata: Imam zaman pada pendapatku dan akidahku adalah Imam al-Mahdi a.s sebagaimana di dalam hadis terdahulu daripada Rasulullah s.a.w. Justeru itu, barangsiapa mengetahuinya, dia akan mati sebagai seorang muslim dan dia adalah daripada ahli syurga. Dan barangsiapa yang tidak mengetahuinya, maka dia mati sebagai seorang jahiliyah, dia di neraka bersama ahli jahiliyah.

 

Kebenaran Bersama Syi‘ah

 

Di sini muka raja berseri dan terserlah kesan-kesan kegembiraannya pada mukanya dan berpaling kepada hadirin seraya berkata:

Ketahuilah, wahai jemaah, sesungguhnya aku terasa senang dan yakin daripada dialog ini (Selama tiga hari). Aku telah mengetahui dan aku telah yakin bahawa kebenaran adalah bersama Syi‘ah pada setiap apa yang mereka katakan dan pada setiap apa yang mereka percayai. Sesungguhnya Ahl al-Sunnah adalah batil mazhab mereka, dan akidah mereka adalah menyeleweng.

 

Raja Mengisytiharkan Diri Sebagai Seorang Syi‘ah

 

Sesungguhnya aku adalah di kalangan mereka apabila kebenaran terserlah, tunduk kepadanya dan mengakuinya. Aku bukanlah daripada ahli kebatilan di dunia dan ahli neraka di akhirat. Justeru itu, sesungguhnya aku mengisytiharkan kepada kamu bahawa aku menjadi seorang Syi‘ah (tasyayyu‘). Oleh itu, barangsiapa yang suka bersamaku, maka hendaklah dia menjadi Syi‘ah di atas keberkatan Allah dan keredaan-Nya, dia mengeluarkan dirinya daripada kegelapan kebatilan kepada cahaya kebenaran!

 

 

 

Wazir Mengisytiharkan Diri Sebagai Seorang Syi‘ah

 

Wazir Nizam al-Mulk berkata: Aku telah mengetahui bahawa Syi‘ah adalah benar. Sesungguhnya mazhab yang benar adalah mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas sahaja semenjak hari-hari persekolahanku. Justeru itu, aku mengisytiharkan bahawa aku juga menjadi seorang Syi‘ah.

Demikianlah kebanyakan para ulama, menteri-menteri dan ketua-ketua tentera yang hadir pada muktamar itu (bilangan mereka hampir tujuh puluh orang) telah memasuki mazhab Syi‘ah.

Berita tentang raja Malik Syah, wazir Nizam al-Mulk, menteri-menteri, ketua-ketua tentera dan penulis-penulis telah memasuki mazhab Syi‘ah telah tersebar di seluruh negara, lalu sebilangan besar daripada orang ramai telah berpegang kepada mazhab Syi‘ah dan Nizam al-Mulk- bapa kepada isteriku- telah memerintahkan supaya guru-guru mengajar mazhab Syi‘ah di sekolah-sekolah Nizamiyyah di Baghdad![31]

 

Sebahagian Mereka Kekal Di Atas Mazhab Mereka

 

Tetapi sebahagian ulama yang berkeras di atas kebatilan, kekal di atas mazhab mereka yang terdahulu sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 74 “Seperti batu, bahkan lebih keras lagi

 

Rancangan Jahat

 

Mereka mulai membuat rancangan-rancangan jahat[32] bagi menentang Malik Syah dan Nizam al-Mulk. Mereka menjadikan Nizam al-Mulk bertanggung jawab di atas perkara yang berlaku, kerana dia adalah akal yang mentadbir negara sehingga tangan yang berdosa dihulurkan kepadanya- daripada penentang-penentang Ahl al-Sunnah.

 

Kematian Nizam Al-Mulk Dan Malik Syah

 

Kemudian mereka membunuh Nizam al-Mulk pada 12 Ramadan tahun 485 hijrah. Dan selepas itu pula mereka membunuh Malik Syah Saljuqi[33].

Fa-innaa li-llah wa innaa ilai-hi raaji‘uun. Sesungguhnya kedua-duanya telah dibunuh pada jalan Allah, kerana kebenaran dan keimanan, maka ucapan tahniah kepada mereka berdua dan kepada setiap mereka yang dibunuh pada jalan Allah, kerana kebenaran dan keimanan.

 

Sebuah Qasidah

 

Sesungguhnya aku telah menulis sebuah qasidah meratapi  Nizam al-Mulk (bapa mentuaku) di antaranya:

 

                  Wazir Nizam al-Mulk adalah mutiara yang berharga

                    Diukir oleh Yang Maha Pemurah daripada kemuliaan

                    Hari-hari tidak mengetahui kemulian nilainya

                    Dikembalikannya kerana cemburu kepada kulitnya

                    Dia memilih mazhab kebenaran di dalam dialog

                    Melahirkan hakikat pada bukti yang terbuka

                    Agama tasyayyu‘ suatu kebenaran tanpa

                    kemegahan untuknya

                    Selain daripadanya adalah fata morgana penipu licik

                    Tetapi dengki terpendam mereka lakukan untuknya

                    Dia bermalam di bulan terang di bayangan yang redup

                    Ke atasnya seribu salam Allah yang mengikutinya

                    Mencucuri rohnya yang abadi

 

Aku Menghadiri Muktamar Dan Aku Menulis Buku Ini

 

Sesungguhnya aku telah menghadiri muktamar dan dialog. Sesungguhnya aku telah menulis setiap apa yang berlaku di muktamar itu, tetapi aku membuang apa yang tidak perlu dan sekarang aku mengemukakan [kepada anda] apa yang telah berlaku di muktamar itu di dalam buku ini.

Segala pujian kepada Allah sahaja, selawat dan salam kepada Muhammad, keluarganya yang baik dan para sahabatnya yang cerdik.

Aku telah menulis buku ini di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad.

 

 

 

Penulis:

 

Muqaatil bin ‘Atiyyah bin Muqaatil al-Bakri

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Sufi Muda

Menemukan Tuhan Dalam Keseharian

Doa Ayat dan Zikir

Warisan Budaya Alamiah

WordPress.org Apps

WordPress at your fingertips

Live to Write - Write to Live

We live to write and write to live ... professional writers talk about the craft and business of writing

Genta Rasa

KUATKAN FIKIR, TINGKATKAN ZIKIR

Sweet Talk

Putting the soft in soft science

Hai jiwa-jiwa nan tenang kembalilah...

...perjalanan kembali ke kampung akhirat... hajirikhusyuk.wordpress.com

NUR ADZ DZIKRA

LAA ILAHA ILLALLAH MALIKUL HAQQUL MUBIN MUHAMMAD RASULULLAH SYAHIDUL WADUL. AMIN

FAJAR TIMUR

agar pengetahuan tidak membusuk

:: BENMASHOOR ::

Berkhidmat untuk para pencari informasi seputar Alawiyin

Mutiara Hikmah AhlulBait

Kata Kata Hikmah Buat Pedoman Hidup

DARI CAHAYA KEPADA BIDADARI

Maka... berserakanlah keping bintang bercahaya di hamparan hidupmu

jurnal syiah

kompilasi artikel syiah

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

Sufi Muda

Menemukan Tuhan Dalam Keseharian

Doa Ayat dan Zikir

Warisan Budaya Alamiah

WordPress.org Apps

WordPress at your fingertips

Live to Write - Write to Live

We live to write and write to live ... professional writers talk about the craft and business of writing

Genta Rasa

KUATKAN FIKIR, TINGKATKAN ZIKIR

Sweet Talk

Putting the soft in soft science

Hai jiwa-jiwa nan tenang kembalilah...

...perjalanan kembali ke kampung akhirat... hajirikhusyuk.wordpress.com

NUR ADZ DZIKRA

LAA ILAHA ILLALLAH MALIKUL HAQQUL MUBIN MUHAMMAD RASULULLAH SYAHIDUL WADUL. AMIN

FAJAR TIMUR

agar pengetahuan tidak membusuk

:: BENMASHOOR ::

Berkhidmat untuk para pencari informasi seputar Alawiyin

Mutiara Hikmah AhlulBait

Kata Kata Hikmah Buat Pedoman Hidup

DARI CAHAYA KEPADA BIDADARI

Maka... berserakanlah keping bintang bercahaya di hamparan hidupmu

jurnal syiah

kompilasi artikel syiah

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: